Saturday 1 June 2013

Baby area

Rumah sewa sekarang hanya ada 2 bilik. Satu bilik dijadikan stor dan satu lagi bilik tidur aku dan suami. Untuk anak pertama yang bakal lahir, aku terfikir untuk letakkan saja baby cot dalam bilik tidur kami agar mudah kami pantau keadaannya. Paling lama pun sampai dia berumur 2 tahun untuk ada bilik tidur sendiri. By this time, kami mungkin kena pindah ke rumah yang ada 3 bilik.




Ni bilik tidur kami sebelum sedikit susun atur dilakukan. Muat-muat je untuk sebuah almari, katil dan meja solek. Memang agak sempit.

Setelah berfikir panjang, aku buat keputusan untuk ubah kedudukan almari dan buang meja make up tu (bukan guna sangat meja solek ni, aku guna cermin untuk pakai tudung je). Meja solek ni diletakkan di bilik stor.




Ni hasil selepas susun atur dilakukan. Baby area di sebelah kiri bilik. Meja solek digantikan dengan cermin gantung dan rak yang menyimpan krim, masker dan segala mak nenek barang solek. Jimat ruang!!


Cermin solek baru ku yang tersangat simple. Krim yang selalu guna dalam bakul, masker dan barang2 yang jarang digunakan, letak dalam kotak. Leceh kalau setiap kali nak pakai krim, kena buka kotak. Masker seminggu sekali je pakai. 




Ini ruang untuk baby. 2 almari yang digantung tu untuk simpan baju baby. Rak zirafah tu untuk simpan mainan baby. Diaper stacker untuk simpan cloth diaper baby nanti.

Baby cot tu dibeli di carboot dengan harga £10 dan diubahsuai sedikit agar nampak baru. --> LINK
Cot net tu pula beli second hand juga, kemudian ubahsuai sedikit agar nampak menyerlah --> LINK




Diaper stacker ni aku jahit sendiri dengan bantuan tutorial di internet. Guna kain lebihan sahaja. Cukup besar untuk simpan 12 cloth diaper baby nanti.



Suka sangat rak zirafah ni sebab dia dapat susun mainan baby dengan kemas. Baby pun mudah capai mainan yang dia nak sebab rak ni rendah je. Bahagian atas tu plannya nak letak buku kanak-kanak. So far, letak soft book dulu. Kalau letak buku kertas, memang koyak le.



Ni ABC soft blocks yang dijahit sendiri. Guna kain felt untuk buat huruf. Setiap blok ada huruf kecil dan besar. Juga ada loceng untuk tarik perhatian baby. Ada lagi lebihan huruf sampai z, simpan dalam rak zirafah tadi.

Overall, aku tak spend beribu untuk baby area ni. Sebab utama mungkin baby cot aku harga £10 je (RM48), dan barang-barang lain aku buat sendiri atau beli second hand (kecuali rak zirafah dan almari).

Bilik juga still tak nampak terlalu padat dan masih selesa untuk kami bertiga nanti.





Cot net makeover

Net ni aku beli dari satu website yang jual barang-barang second hand. Jenama IKEA, harga asal dalam RM60, tapi aku dapat dengan harga RM35 sahaja. Tak banyak sangat jimat, tapi still agak jimat. Condition pun 9/10, like new.



Beginilah rupa cot net tu. Canopy biru dan nampak agak plain untuk bilik kanak-kanak. Fikir punya fikir, aku dapat idea untuk ubahsuai sedikit agar ia nampak menarik.

Caranya, jahit kain ABC yang aku beli di satu website dan jahit di bahagian depan cot net. Kemudian, lilit kain hijau pada canopy.



Dan inilah hasilnya. Nampak lebih menyerlah dan sesuai dengan tema kanak-kanak. Siap. Next, nak susun semua barang dalam baby area dalam bilik sempitku ini :)





Baby cot makeover

Baby cot ni dah beli lama, masa belajar di tahun kedua di UK dulu. Beli carboot sahaja (preloved item) dengan harga £10 (lebih kurang RM48).

Balik Malaysia, terkeluar mata tengok harga baby cot jenama dan siri yang sama (Graco Contour Electra) dengan harga RM800 @_@ Mujur beli di carboot dahulu. Berbaloi-baloi walaupun perlu tambah sedikit kos penghantaran ke Malaysia. (tak silap, dulu bawa balik dalam 15 kotak barang. Memang sakan bershopping, tapi majoriti barang2 dari carboot je) 




Inilah baby cot yang dimaksudkan. Disebabkan ianya barang second hand, boleh nampak kain corak daun tu dah agak kusam. Maka aku terfikir nak letak kain yang lebih menarik agar baby cot ni nampak baru.




Maka, inilah hasilnya. Kebetulan kain jalur-jalur ni ada lebih sedikit lepas beli 2 meter hari tu. Aku jahit dan ikat riben sahaja pada baby cot ni. Boleh buka kalau kotor (katalah baby muntah atau gigit benda ni).


So, barang £10 juga boleh nampak cantik kan? huhu. Puas hati dengan hasil kerja kali ni. Masa untuk menyiapkan baby area dalam bilik sempitku ini.






Thursday 30 May 2013

Stripwash (new info)

Aku baru dapat info daripada perbincangan di Group FB, iaitu tentang stripwash. 

Bagi yang nak tahu lanjut, aku pernah tulis tentang stripwash di sini: LINK

Ianya satu perkara baru bagiku, maka aku tulis do blog sebagai catatan peribadi. 

Fakta: 
Stripwash guna sunlight hanya menyelesaikan masalah cloth diaper tidak menyerap dengan baik sahaja. Kaedah ini tidak menyelesaikan masalah berkaitan ammonia build up (rashes dan cloth diaper insert berbau hancing).

Maka, kalau cloth diaper anda dah tak berapa menyerap sangat dah, boleh stripwash guna sunlight (or other dish soap brand).

Tapi, kalau cloth diaper anda mula berbau hancing walaupun selepas dibasuh dan dibilas dengan baik, atau anak mula naik ruam (padahal sebelum2 ni pakai cloth diaper tak de ruam), maka ianya disebabkan ammonia build up. Kena guna cara lain. 

Bagaimana?

Stripwash for ammonia build up. 
Guna air panas atau RGD method. 

Ada ibu-ibu mengadu bebird anak lelaki merah2 dan macam nak bernanah sebab pakai cloth diapers. Ini kemungkinan ammonia build up atau yeast rash. Kalau disebabkan yeast rash, stripwash biasa tidak berkesan kerana perlu stripwash yang mampu membunuh yeast tersebut. 

Ada ibu share link ini untuk stripwash yang mampu bunuh yeast--> LINK

Aku copy juga cara di website ini bagi memudahkan rujukanku nanti. 

1. Yeast mungkin akan muncul jika ibu atau bayi ambil antibiotik. Lepas ambil antibiotik, perhatikan anak, jika rashes, kena cuba stripwash yang membunuh yeast. 

2. Rawat kulit anak yang terkena yeast rash dengan cara: 
  * sapu lapisan nipis Virgin Coconut Oil (VCO). Guna disposable liner untuk elakkan minyak mengotori cloth diaper
  * campur sedikit tea tree oil dengan VCO dan sapu pada kulit bayi. Kena pakai disposable liner juga

3. Stripwash cloth diaper anak dengan beberapa cara berikut: 

i) Guna air panas. suhu mesti melebihi 122 Fahrenheit (55 celcius). 

Mungkin insert sahaja boleh guna cara ni sebab PUL material akan rosak kalau terlalu panas. Maka, cloth diaper jenis pocket dan AI2 membantu, Kalau AIO, jenuh juga sebab insert tak boleh dibasuk berasingan dengan PUL. 

ii) Guna chlorine bleach. 
    Check the label for the one that kills germs
    Diapers should be washed free of any poo before chlorine bleach is used since feces can inactivate its disinfectant properties.
     Generally 1/4th of a cup of bleach is used for a full size load

iii) Tea tree oil
   When purchasing do choose a good grade with ingredients listed at least 35% Terpinen 4-ol and less than 10% Cineole. 


Anak pertama yang bakal lahir nanti ialah anak lelaki. Maka aku harus bersiap siaga dengan maklumat yang berkaitan dengan anak lelaki. huhu. 

Moga bermanfaat.






Book case makeover




Ni salah satu rak buku di rumahku. Aku rasa bakal menghadapi masalah kerana almari ini tidak berpintu, dan aku bakal mendapat anak lelaki. Ya, lelaki. (harapnya dia tak nakal macam aku dan baik macam ayahnya). 

Rumah sewa sekarang juga tiada bilik kosong untuk aku jadikan library (kalau ada, boleh letak rak ni tanpa kerisauan buku-buku ku dikoyakkan budak kecik). Untuk kes aku yang tiada bilik khas, sesuatu harus dilakukan terhadap rak buku ini.

Setelah berfikir panjang, dan meneliti katalog ikea, aku ternampak satu kotak yang memang muat-muat je dengan saiz petak rak ni. Maka, Sabtu lepas, kami ke Ikea dan beli 6 buah kotak.

Aku pilih Ikea sebab boleh tengok katalog je. Senang, pilih barang ikut ukuran, buat senarai, kemudian sampai Ikea, terus ambil dan beli. Memang tak larat nak survey saiz-saiz kotak di kedai-kedai lain (Masa mengandung ni, tenaga aku memang sangat limited, cepat sangat penat). Aku ke Ikea pun skip display area. Memang terus ke bahagian barang dan kaunter pembayaran.





Salah satu petak rak yang diletak kotak. Aku rasa macam buruk pula rak buku ni nanti sebab kotak ni plain je. Maka, aku terfikir nak lilitkan kain bercorak. Setelah menyelongkar stok kain perca, aku terjumpa satu kain hitam putih yang agak sesuai untuk warna kotak dan rak ni. 




Inilah hasilnya. Kain bercorak tu dijahit getah sedikit di bahagian belakang. So, boleh bukak dan basuh kalau kotor. Lega sedikit hati ini setelah melihat rak ini. Kurang sedikit risiko buku-buku ku dikoyakkan anak lelakiku nanti. 

Next, makeover bilik tidur sebab nak muatkan katil baby dalam bilik tidur ku yang sudah cukup sempit ni.



Wednesday 15 May 2013

Stripwash

Kenapa perlu stripwash?

Biasanya, antara tanda-tanda cloth diaper anda perlu di lakukan stripwash adalah:

1. berbau hancing walaupun selepas dibasuh dan dibilas dengan baik.
2. cloth diaper mula bocor, ini tanda cloth diaper anda tidak dapat menyerap dengan baik lagi.
3. ruam pada bayi. Ni disebabkan oleh pengumpulan ammonia pada cloth diaper.

Semua ni berlaku sebab lebihan sabun telah berkumpul terlalu banyak pada permukaan cloth diaper dan
mengganggu penyerapan dan mula memerangkan bau.

Kalau guna detergent yang betul-betul bagus, stripwash hanya perlu dilakukan dalam 3-6 bulan sekali. Bukan setiap hari ye. Kita buat stripwash bila terdapat tanda-tanda seperti di atas.

Banyak cara untuk stripwash. Kalau lihat files kat FB Group Cloth Diaper, ibu-ibu banyak kongsikan cara masing-masing.

Antaranya ialah:

Cara 1: 

1. hand wash your diaper with your regular dish soap (like Sunlight brand) and this gets the oils out. Just add a bit of dish soap to the fleece or suede (the inner part of cloth diaper).
2. . You can rub that part a bit and turn inside out and repeat on this side. Rinse few times ensuring the water runs clear.
3. Toss in the washing machine and wash it without detergent.

Cara 2: 
1. mix together few drops of Distilled White Vinegar and 1 tablespoon of   Natrium Bicarbonate inside a full load laundry for the first cycle.
2. And the second cycle, add few drops of Dettol to cast away horrid smell.
3. The third cycle is  simply  water for thorough cleaning with no hint of urines, ammonia or other unpleasant odours.

Banyak lagi cara lain. Boleh google stripwash dan anda akan jumpa banyak perkongsian daripada ibu-ibu.


Detergent untuk cloth diaper

Tak semua detergent boleh diguna untuk membasuk cloth diaper. Secara umumnya, detergent yang ada softener, enzym, dan bleach tak boleh digunakan kerana ia akan sebabkan cloth diaper tidak dapat menyerap dengan baik dan akan rosakkan material kalis air (PUL atau TPU) pada cloth diaper. 

Maka, boleh dikatakan semua detergent yang kita guna untuk mencuci baju tidak boleh digunakan kerana ada enzym dan softener. 

Senarai ni diambil daripada files dalam FB Group cloth diaper, 

Detergents that is formulated for cloth diaper or best use for cloth diaper (Available locally in Malaysia)
Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent
Rockin' Green Detergent --> www.bamboolite.com
Charlie's Banana Soap (powder) 
Pureen HAD (powder)
Pureen HAD (liquid)
Tiny Bubbles Detergent -- ww.tinytapir.com
LunaCare Detergent
BumGenius Diaper Detergent - www.SentuhanBayu.biz

Dikatakan Kiddiewash dari Cosway juga sesuai untuk cloth diaper. 


Kalau dilihat, harga detergent ni agak mahal. Macam aku, guna Tiny Bubble, beli dari website tinytapir. Harga RM59.90. Agak mahal tetapi setiap kali basuh, guna 1/4 scoop sahaja dan sekotak ni tahan dalam 
6-8 bulan. Berbaloi. 

Tak pasti sejauh mana kebenarannya, tetapi ramai yang guna Pureen HAD dan Kiddiewash, merungut sebab perlu stripwash setiap bulan atau dalam 2-3 bulan sebab cloth diaper mula tidak menyerap. Sebabnya, dua jenis sabun ni mudah berkumpul pada cloth diaper dan ganggu penyerapan walaupun guna sangat sedikit setiap kali basuhan. 

So, bagi yang nak berjinak-jinak dengan cloth diaper, aku sarankan untuk invest sedikit dengan membeli detergent yang dikhaskan untuk cloth diaper seperti Tiny Bubble, Bum Genius dan Rocking' Green (RGD). Walaupun harganya agak mahal, tapi memang sangat bagus dan tidak perlu stripwash terlalu kerap. Ia juga paling bagus untuk kulit baby yang sensitif kerana tak menyebabkan rashes. (menurut perbincangan di FB Group)


Next post, ialah stripwash. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...